Tuesday, May 31, 2011

:)

Kalau nak tgk vid bawah ni , tekan la pause eah(lagu) .. nantikan x dgr .. :P
start video ni dari bwh ... sila tekan di blog archieve ..
anda akan lihat yang episod 2 ..
tq ^^
 
antum bole lah mengikuti episod seterusnya di 

:) ^^

The Arrivals Part 14 (Penipuan Hollywood) - Malay Sub

TERTIPU ??

The Arrivals Part 13 (Gadis Berbaju Merah) - Malay Sub

maaf kerana prt 12 x leh nk masuk kt sini .. masalah teknikal .
hayati yang ini .. ignore the (!)

The Arrivals Pt. 11 (Ilmu Hitam Musik)

Golongan elit cuba menguasai minda kita dengan menyampaikan dakyah

The Arrivals Part 10 (Pemerintahan Dunia Baru) - Malay Sub

The Arrivals Part 09 (Hashemfilms) - Malay Sub

The Arrivals Part 07 (Firaun-firaun Hari Ini) - Malay Sub

The Arrivals Part 06 (Peperangan Tenaga Manusia) - Malay Sub

The Arrivals Part 05 (Senibina dan Tenaga) - Malay Sub

-ini pula dari segi seni bina ..


The Arrivals Part 02 (Penguasaan Minda) - Malay Sub

Asas-asas kedatangan al-masih DAJAL ...
kita sebenar-benarnya telah dikuasai !
 kali ini ena bawakan sesuatu yang penting kepada umat islam sekalian ..
'The Arrival' mgkin rmai lagi yang belom mengetahui tentang vid ini ..
disini terbongkar segala-galanya ..
ayuh teliti dan renungi ,,
ianya berlaku di negara kita !
mgkin anda tidak menyedarinya ..

vid ini ena ltak dr episod ke 2 ..
ad bnyak episod  .. mgkin dr smsa ke smsa ena akn tmbh .. insyaALLAH ..
ahlan wasahlan ilaa Noregeaa and Archenahr production ..

-jangan tengok sekejap dh boring .. !




IGNORE yang mejolok mata .. ini adalah kebenaran .. ap y ingin kita betul2 tahu adalah ..
BAGAIMANA kita dikuasai ??
dengan CARA apa ??

The Arrivals Part 04 (Bukti-bukti Ketibaan Dajjal) - Malay Sub



jika ada sesuatu yang (!)
ignore it !
dan teliti betul2 .. the starbucks tu .. anda pernah pi sana ?? hmm ..

Tenang (:

Assalamu'alaikum wbt .. 
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم.

 kaifahalukum? 
ena alhamdulillah di bawah lembayung rahmatnya..
syukur kehadrat Allah kerana dgn limpah kurnianya dpt juga kita menghirup udara segar di pagi hari tadi .. dan nafas kita masih setiasa berbakti sehingga detik ini .. saat demi saat berlalu .. entah di saat yang ke berapa , nafas it akan terhenti .. buat selama lamanya .. 
alhamdulillah .. 
Allah masih memberikan kesihatan yang baik kpd kita hambaNYA .. 
bila teringatkan datuk ena yang sedang terlantar sakit , sayu hati ni .. 
Allahuakbar .. jika Allah mngatakan 'kunfayakun' , maka tidak trtangguh lagi ssuatu prkra itu drp trjadi ..

semalam , ena nan kuage pi lawat tokki(datuk)kt hosp KT .. smpi sne kne tggu giliran utk tgk pesakit kt dlm wad .. dh snk saudare y len pun dtg skli .. rmai la .. 
tba giliran ena dgn mk alang , kitorg cari katil tokki .. ena cam tokki .. 
bila ena tgk , ya Allah .. nk menitik air mata .. kasian tokki . dgn wayar bnyk .. sebak .. 
baru je bbrpa ari lpas ena ckp nan tokki lam fon .. kelmarin , dh ad kt wad .. sblum ni .. tokki x prnh ad sakit2 mcm y dr. bru bgtau .. kitorg trkjut .. skli dtg , 3 pnykit .. na'uzubillah . .
nk bgtau kt sini .. kita yang sihat2 ni pun bila2 masa blh kne pnykit .. jgalah ksihatan dr skrg .. 
perbanyakkan doa krn doa itu ubat .. ubat hati .. ubat iman .. 

ketenangan (:
syukurlah negara kita masih aman dan kita juga tenang hidup di muka bumi Allah yang gah ini .. 
ketenangan yang ena cari sekarang ialah ketengan jiwa .. 
kadang2 hati ni rasa gelisah .. resah .. n mcm2 lah ..

sahabat , ini ad sikit ubat penenang hati.. (AL_QURAN)  

Mungkin bahan di bawah berguna kepada kita suatu masa
nanti. “Ubat penenang” dari Al-Quran ni tak ditakwil lagi kemujarapannya..
 

KENAPA AKU DIUJI?
      Apakah   manusia   itu   mengira   bahwa   mereka   dibiarkan  (saja)
      mengatakan:”Kami  telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan
      sesungguhnya  Kami  telah  menguji  orang-orang  sebelum mereka, maka
      sesungguhnya    Allah   mengetahui   orang-orang   yang   benar   dan
      sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta ~ Surah Al-Ankabut
      ayat 2-3

KENAPA AKU TIDAK MENDAPATKAN APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
      Boleh  jadi  kamu  membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan
      boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu;
      Allah  mengetahui,  sedang  kamu  tidak mengetahui ~ Surah Al-Baqarah
      ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
      Allah    tidak    membebani   seseorang   melainkan   sesuai   dengan
      kesanggupannya ~ Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA FRUSTASI?
      Janganlah  kamu  bersikap  lemah,  dan janganlah (pula) kamu bersedih
      hati,  padahal  kamulah  orang-orang yang paling tinggi (derajatnya),
      jika kamu orang-orang yang beriman ~ Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA?
      Hai   orang-orang  yang  beriman,  bersabarlah  kamu  dan  kuatkanlah
      kesabaranmu  dan  tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan
      bertaqwalah  kepada  Allah   supaya  kamu beruntung. ~ Surah Al-Imran
      ayat 200
      Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang
      demikian itu sungguh berat, kecuali bagi  orang-orang yang khusyu’, ~
      Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DARI SEMUA INI?
      Sesungguhnya  Allah  telah  membeli dari orang-orang mu’min, diri dan
      harta  mereka dengan memberikan surga untuk mereka. ~ Surah At-Taubah
      ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
      Cukuplah  Allah  bagiku;  tidak ada Ilah selain Dia. Hanya kepada-Nya
      aku bertawakal  ~ Surah At-Taubah ayat 129

AKU TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
      ..dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada
        berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir. ~ Surah
        Yusuf ayat 87

Wardah :)

-satu patah perkataan yang indah ..
ena suka sebaris nama ni .. :)
baris nama ini bak bunga mawar yang segar tanpa kumbang yang mengacau ..
nak tgk mawar ?

-cantik ciptaan Allah ni kan ?
Subhanallah ..


 :) subhanallah ..


 :) waa .. ena suka bunga ni ..


 :) putih melambangkan suci ?
:D

 ni hadiah dari .... haha :D
zaujan kelak ..
*sprti bunga mawar hendaknya


 cantikknyaa :D


 mawar berduri ..
jadilah sprti ciptaan Allah ini ..
berduri ., sukar disentuh si kumbang ..


 wah .. nanti nk buat taman y penuh dgn bunga mawar .. *rose :)


hidup ini penuh liku2 ..
seperti kelopak mawar kat ats ni ..

Wardah ..
satu nama yang indah ..
:)



Anak awak kiutt laa .. Alhamdulillah :) :) :)

"AAAA...Kick, kick."

Salahudin dan Toriq berlari-lari, mengejar bola yang ada. Terkadang terjatuh, mereka bangun semula. Tersengih dan sambung berlari.
Oh. Terlupa pula, Salahudian dan Toriq adalah dua orang anak kecil daripada seorang sahibah yang berasal dari South Africa.. Comel dan pintar. Tidak dilupakan juga, aktif sangat.

"Now you know why I am so tired."

Mumtaz, umi mereka berjenaka. Saya dan kawan-kawan yang lain tergelak.

"So how did you do your assignment?."

 Saya bertanya, terkadang terbit rasa kagum pada diri wanita itu.
Hendak menguruskan rumahtangga, bersama dua orang anak yang aktif bukanlah satu perkara mudah. Saya sendiri tidak tergambar bagaimana dia menguruskan hal pelajaran pula.
Mumtaz dan suaminya adalah pelajar cemerlang di tempat saya belajar.
Tambahan lagi, disebabkan kepandaian mereka, mereka membuka kelas pula. Suami Mumtaz mengajar Bahasa Inggeris dan Mumtaz mengajar Bahasa Arab.
Sekarang cuba bayangkan, bagaimana Mumtaz mengajar, menguruskan suami, rumahtangga, anak-anak dan menyiapkan assignment yang diberi.

Bagaimana?
"Alhamdulillah..Allah helps me." Mumtaz menjawab tenang, sekaligus merentap hati saya.
Habis luluh semua keegoan yang merasa semua kerja itu terjadi lantaran diri sendiri, sedangkan Allah yang membantu dalam setiap pergerakan tubuh badan saya.

Pergantungan
"Ah!! Tension! Stress! Banyakkkk kerja!"
Ramai pelajar yang merungut, sehingga stress memikirkan segala kerja. Terkadang sehingga tidak tidur malam.

"Rata-rata yang mendapat rawatan kaunseling adalah dari kalangan pelajar IPT."
Bicara seorang kaunselor bertauliah.

Kenapa ya?

Baik, mari kita lihat situasi di sekeliling kita...
Di institusi tempat kita belajar, berapa ramai yang benar-benar belajar, bukan hanya sekadar untuk mendapatkan sekeping sijil?
Berapa ramai yang dirinya benar-benar diserahkan kepada Allah? Berapa ramai yang ke kelas hanya kerana Allah?

"Ish.. Rendahnya markah aku ni. Pensyarah ni memang kedekut bagi markah. Soalan pun susah."

Seorang pelajar merungut sebaik sahaja melihat kertas peperiksaan yang tercatat markah yang rendah.
Lantas, jari menuding ke sana ke mari. Menyalahkan orang itu dan ini, sehingga lahir pula rasa sakit hati dan tidak bersyukur.

Sahabat, marilah jadi insan begini. Jika markah itu rendah, mari tudingkan jari pada diri sendiri. Kita yang tak belajar, kita yang tidak menyerahkan sepenuh penghargaan kepada Allah.

"Ish Mastura! Saya dah belajar betul-betul. Struggle habis, tak tidur malam dah niiii!"

Baik baik. Kamu dah belajar sungguh-sungguh. Tapi, cukup tak doa kamu kepada Allah? Solat fardhu terjagakah di awal waktu?Solat sunat Dhuha dan sunat-sunat lain, sudahkah dibuat dengan keikhlasan hati?
Ingatlah duhai sahabat...

"Dan kepunyaan Allah-lah timur dan barat, maka kemanapun kamu menghadap di situlah wajah Allah. Sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmat-Nya) lagi Maha Mengetahui." - [Al-Baqarah : 115]
Kita tak pernah akan lepas daripada dugaan dan ujian, maka setelah berusaha, serahkan segalanya pada Allah, hakikatnya Dia yang memberi keputusan, baik atau tidak.

Hanya pada Dia seharusnya manusia berserah diri, bukan kepada pensyarah, bukan kepada sahabat. Hanya Dia. Allah.

Semuanya Dari Allah

"Allah..." Tangan saya menggeletar sewaktu ingin memeriksa keputusan peperiksaan semester lepas.
Menggeletar kerana saya seolah-olah pasti bahawa keputusan saya tidak akan sebagus mana.

"Bismillah..." Sebelah mata ditutup, tidak sanggup melihat keputusan yang bakal terpampang di hadapan mata.
Dalam beberapa s
aat sahaja, laman web portal pelajar mempamerkan keputusan.
Entah kenapa, mata saya terus mencari jumlah pointer.

"Alhamdulillah..." Air mata saya bergenang. Tangan saya masih menggeletar, menggeletar bukan lagi kerana takut tetapi kerana keputusan yang terpampang lebih daripada apa yang saya bayangkan.
Maka sahabat.. Adakah keputusan yang saya terima itu adalah hasil usaha saya sendiri?

Tidak. Mana mungkin saya mampu belajar jika Allah tidak mengizinkannya.
Mana mungkin saya mampu menghafal jika Allah tidak membenarkannya.
Mana mungkin saya bisa menyiapkan segala tugasan jika Allah tidak memudahkannya.

Justeru, jangan pernah walau sekali merasakan apa yang kita ada pada hari ini adalah hasil usaha kita sendiri. Sekali Allah tidak meredhainya, maka hancurlah semua...
Kita hanyalah memberi komitmen terhadap pelajaran. Siapkan tugasan di awal waktu, datang kelas, dan membuat ulangkaji. Namun di pengakhirannya Allah jua yang menentukan segalanya.

Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah.

"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya." - [Al-Imran : 159]

Mari Menjadi Insan Yang Bersyukur

"Salahudin!!" Toriq berteriak, memanggil abangnya.
Salahudin bersedia untuk menerima bola daripada Toriq.
"Cepatlah.." Petah Salahudin bercakap Melayu.
"Cepat bagi kat kakak." Saya melayani karenah si comel berdua itu.
Dalam hati, saya mengagumi satu makhluk ciptaan Allah. Kak Mumtaz.. Betapa dia sentiasa bersyukur dan kerana kesyukurannya itu Allah beri kelapangan hati dan rezeki yang melimpah ruah.

"Your son is very cute." Saya berkata.
"MasyaAllah, Alhamdulillah."
"They are very clever."
"MasyaAllah, Alhamdulillah.." Ayat yang sama meniti dari bibir kak Mumtaz.

Alhamdulillah, Alhamdulillah..Alhamdulillah.

Sahabat, mari menjadi seorang yang bersyukur. Kelak, rezeki akan datang tanpa disangka-sangka..

Wallahu'alam.