Thursday, July 28, 2011

kewajipan berpuasa :D

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh buat sekalian pembaca yang dihormati sekalian.
lame jgk ena x tulis entry kan .. kita bertemu lagi ..
kelip pejam kelip pejam dh nk pose blk an?
kejap je .. yelah , kita kn sllu leka dgn masa..
ena ingt satu pepatah arab*mungkin..
-masa ibarat pedang.jika kita tidak memotongnye,ia akn memotong kita-
berkait ke? xpelah .. boleh djadikan panduan ..
kesibukan kita sbg khalifah Allah di muka bumi ni kadang melalaikan kita terhaadap masa kan..

alhamdulillah.. setinggi-tinggi kesyukuran terhadap ILAHI krn telah memberi keizinan kpd kita utk bertemu lagi dgn sharu ramdhan al-mubarak ..
alhamdulillah ..
satu perkongsian disini ..
selamat membaca wahai mujahid-mujahidah sekalian :)




Bulan mulia Ramadhan Al-Mubarak semakin hampir dengan kita. tidak berapa lama lagi kita semua, umat Islam di seluruh dunia akan berpuasa. Sempena dengan Bulan Ramadhan ini, WADi akan postkan lebih artikel berkaitan Ramadhan sepanjang bulan mulia itu. Adapun entri genre lain insyaAllah akan diselitkan juga namun mungkin entri berkaitan Ramadhan ini lebih bilangannya, insyaAllah.

Kali ini saya ingin berkongsi tentang kewajiban puasa kepada seluruh Umat Islam di Bulan Ramadhan. Firman Allah s.w.t :

"Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,. (iaitu) beberapa hari tertentu. Maka barang siapa di antara kamu sakit atau dalam perjalanan (lalu tidak berpuasa), maka (wajib mengganti) sebanyak hari (yang dia tidak berpuasa itu) pada hari-hari yang lain. Dan bagi orang yang berat menjalankannya, wajib membayar fidyah, iaitu memberi makan seorang miskin. Tetapi barang siapa dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itu lebih baik baginya, dan puasamu itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. Bulan Ramadhan adalah (bulan) yang didalamnya diturunkan Al-Quran, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda ( antara yang benar dan batil). Kerana itu barang siapa diantara kamu ada di bulan itu, maka berpuasalah. Dan barang siapa sakit atau dalam perjalanan (dia tidak berpuasa), maka (wajib menggantikannya), sebanyak hari yang ditinggalkan itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu. Hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dengan mengagungkan Allah atas petunjukNya yang diberikan kepadamu, agar kamu bersyukur" (Al-Baqarah:183-85)

Pentingnya puasa bagi umat Islam hingga ditekankan dalam Al-Quran malah berpuasa juga adalah salah satu daripada rukun Islam yang lima. Dari Ibnu Umar r.a dia berkata Rasulullah s.a.w bersabda:

"Islam itu dibangunkan di atas lima dasar (asas)" pertama, kesaksian bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah dengan benar selain Allah, dan bahawa Nabi Muhammad adalah Rasulullah,(2) mendirikan solat, (3) menunaikan zakat, (4) berpuasa di bulan ramadhan, dan (5) mengerjakan Haji di Baitullah."

Semua ulama bersepakat bahawa Puasa di bulan ramadhan adalah wajib. Tiada sebarang keraguan mengenainya lagi. Jadi kita jangan cuba-cuba menyangkal rukun islam yang ke 4 ini. Bimbang murtad tanpa kita sedar. Patuhlah perintahNya dan marilah berpuasa. insyaAllah

sekian
 ena kopi en pes akhi ad-dien pnye note..

Sumber : http://addienblog.blogspot.com/2011/07/kewajiban-puasa-di-bulan-ramadhan.ht

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home