Tuesday, February 1, 2011

Victoria University Of Wellington - Syamimi Napis

Victoria University Of Wellington - Syamimi Napis

alt

Alhamdulillah, bulan November 2008 menyaksikan saya serta 13 orang lagi rakan dari batch yang sama menjejakkan kaki ke New Zealand.
Perjalanan memakan masa selama 9 jam dari Malaysia dan kami berhenti di Auckland.
Kemudian, ke Wellington, untuk tempoh masa 1 jam penerbangan.

Tiba di Wellington Akhir Musim Bunga

Tiba di Wellington, cuaca yang menyambut kami ketika itu adalah agak sejuk.
Agak sejuk bagi kami yang berasal dari sebuah negara yang beriklim Khatulistiswa.
Tetapi, lama kelamaan kami mula menyesuaikan diri dengan suhu begini.
Secara puratanya, suhu paling tinggi yang pernah dicapai sepanjang berada di sini adalah lebih kurang 24℃, ketika musim panas, dan lebih kurang 1℃ ketika musim sejuk.
Suhu berlainan berdasarkan kawasan. North Island suhunya agak tinggi daripada South Island.
Di kawasan South Island, suhunya mampu mencecah negatif, pada waktu sejuk.
Walaubagaimanapun, Wellington terletak di North Island.

Wellington Bandar Pentadbiran

Disini terdapatnya bangunan Parlimen yang dikenali sebagai Bee Hive.
Bandar yang dikelilingi oleh pejabat-pejabat pentadbiran yang tinggi.
Ke sana sini, akan kelihatan ramai orang yang berkot dan berkemeja serta bertag nama, terutamanya pada hari bekerja.
Pengangkutan awam mudah untuk diperolehi memandangkan pengangkutan awam adalah antara pengangkutan utama di bandar Wellington.
Selebihnya, ramai yang gemar berjalan kaki.
Patutlah orang-orangnya sihat! Daripada yang berumur lanjut, sampailah yang si kecil, kebanyakannya akan berjalan kaki untuk ke mana-mana.

Victoria University Of Wellington

Dikenali juga sebagai Vic Uni, yang mempunyai 4 buah kampus - kelburn campus (utama), Pipitea Campus, Te Aro Campus dan Karori Campus.
Kampus-kampus ini berbeza berdasarkan jurusan yang diambil. Kampus-kampus ini juga jauh dari satu kampus ke satu kampus yang lain.
Namun, jangan risau, jika anda pelajar jurusan Sains, kampus anda hanya di Kelburn Campus.
Manakala bagi pelajar jurusan perakaunan, Pipitea Campus adalah tempat tujuan anda.
Te Aro Campus pula untuk yang menceburi jurusan seni bina, dan Karori Campus untuk mereka yang berjurusan pendidikan.
Secara keseluruhannya, pelajar-pelajar Malaysia akan berlegar di Kelburn Campus untuk tahun pertama, kemudian, berpecah pada tahun-tahun yang berikutnya.


Komuniti Islam

Komuniti Islam di sini terdiri daripada mereka yang berasal dari Jordan, Somalia, Palestine, Malaysia, dan beberapa lagi negara lain.
Mengenali mereka yang berbeza mazhab menjadikan kita lebih terbuka.
Namun, dalam usaha kita membuka minda, jangan lupa untuk sentiasa sumber, terutama pada fakta-fakta yang terasa amat pelik bunyinya.

artikel iluvislam

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home